Header Image

Visi & Misi

Visi

Untuk menjadi sebuah koperasi kredit yang berkembang maju, mampan dan utama di Malaysia dalam memakmurkan pencapaian sosio-ekonomi anggota-anggotanya, dengan berpandukan prinsip-prinsip mulia koperasi seperti kejujuran, akauntabiliti dan keusahawanan.

Misi

     Memupuk semangat kemasyarakatan di kalangan anggota-anggotanya;
     Menganjur prinsip anggota adalah pemilik koperasi secara demokrasi;
     Usaha yang berterusan untuk memperkasa ekonomi anggota-anggota melalui kepelbagaian sumber.

Moto kami:

Kesaksamaan-Layanan yang setaraf kepada semua anggota tanpa mengira kaum, budaya, agama, jantina, taraf pendidikan, pendapatan dan ketidakupayaan mereka. Segala peruntukan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil kami mengikat semua anggota kami tanpa sebarang bentuk sokongan berat sebelah atau diskriminasi.
Ekuiti-Pengagihan pai ekonomi yang adil dan saksama kepada semua anggota kami setimpal dengan sumbangan mereka dan akses dan peluang yang sama kepada segala keistimewaan dan aktiviti ekonomi kami.
Perpaduan-Perpaduan di kalangan anggota-anggota adalah intipati dalam mencapai matlamat kami untuk memajukan taraf sosio-ekonomi bersama. Melalui perpaduan, anggota-anggota kami berusaha untuk memupuk dan melindungi hubungan harmoni yang telah dibina selama ini di antara Koperasi NUCW Berhad dan anggota-anggotanya dan, sesama anggota-anggotanya, untuk masa depan yang lebih cerah bersama.

Piagam Pelanggan Koperasi NUCW Berhad

Janji Kami kepada Anggota-anggota Kami:

     Kami akan sentiasa mengalu-alukan anda dengan senyuman
     Kami akan melayani anda dengan budi bahasa, sikap hormat dan dedikasi
     Kami akan sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat yang jelas, tepat dan menyeluruh
     Kami akan sentiasa responsif kepada pertanyaan dan maklum balas anda dan berusaha untuk menyelesaikannya       dalam tempoh masa yang munasabah
     Kami akan sentiasa memastikan bahawa pejabat kami adalah selesa dan mudah diakses kepada anda
     Kami akan sentiasa mengamalkan urus tadbir yang berhemat, bertanggungjawab dan telus

Top