Header Image

Pembiayaan Peribadi (Sektor Swasta)

Pembiayaan peribadi khas untuk anggota-anggota koperasi di sektor swasta yang berdasarkan konsep kewangan syariah ‘Tawarruq’. ‘Tawarruq’ merujuk kepada urusniaga mua`malah yang melibatkan dua peringkat urusniaga. Pada peringkat pertama, urusniaga tersebut melibatkan pembelian dengan harga dan pembayaran tertunda antara pembeli dengan penjual asal sesuatu aset, dan pada peringkat kedua, pembeli kemudiannya akan menjual aset tersebut secara tunai kepada pihak ketiga.

KOP DANA ‘’TAWARRUQ’’ *

     Pembiayaan peribadi berskala kecil untuk anggota-anggota koperasi kami
     Pembiayaan bermula daripada RM2,000.00 sehingga maksima RM10,000.00
     Kadar keuntungan tetap sebanyak 8% setahun
     Tempoh pembayaran semula sehingga 5 tahun
     Pembayaran semula hanya melalui potongan gaji majikan atau melalui Biro Angkasa
     Terbuka kepada sektor-sektor swasta terpilih
     Berlandaskan konsep kewangan Islam ‘Tawarruq’ serta dilindungi oleh insurans Takaful
     Proses kelulusan yang sistematik dan cepat mengikut piawaian
     Bertujuan untuk meringankan beban kewangan anggota di saat-saat yang memerlukan
     Mestilah telah menjadi anggota untuk enam bulan dan ke atas sebelum layak memohon.

* Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan.

KOP DANA EKSPRES “TAWARRUQ” *

     Pembiayaan peribadi berskala kecil untuk anggota-anggota koperasi kami
     Pembiayaan maksima sehingga RM7,000.00
     Kadar keuntungan tetap sebanyak 10% setahun
     Pembayaran semula sehingga 5 tahun
     Pembayaran semula hanya melalui potongan gaji majikan atau Biro Angkasa
     Terbuka kepada sektor-sektor swasta terpilih.
     Berlandaskan konsep kewangan Islam ‘Tawarruq’ serta dilindungi oleh insurans Takaful
     Proses kelulusan yang sistematik dan cepat mengikut piawaian
     Bertujuan untuk meringankan beban kewangan anggota semasa keperluan yang mendesak
     Mestilah telah menjadi anggota untuk enam bulan dan ke atas sebelum layak memohon

* Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan.

Syarat-syarat & Terma-terma Am.

     Pemohon perlu memuat turun dan melengkapkan semua borang yang berkaitan.
     Penggunaan pen berdakwat hitam atau biru dibenarkan.
     Kelulusan bagi pembiayaan peribadi adalah tertakluk kepada penerimaan borang-borang permohonan yang asal       dan yang telah lengkap diisi dan dokumen-dokumen sokongan lain seperti yang dinyatakan dalam borang
      permohonan pembiayaan peribadi Koperasi NUCW Berhad.
     Pemohon mungkin dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen sokongan tambahan untuk kelulusan akhir
      yang dianggap perlu oleh Koperasi NUCW Berhad.
     Koperasi NUCW Berhad mempunyai hak mutlak dalam memberi kelulusan akhir untuk permohonan pembiayaan       peribadi.
     Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lain yang ditentukan oleh Koperasi NUCW Berhad dari semasa ke       semasa.

Top