Header Image

Faedah Bersalin atau Mendapat Cahaya Mata

Salah satu daripada faedah-faedah keanggotaan yang mempromosi dan menggalakkan institusi kekeluargaan di kalangan anggota-anggota.

     Bertujuan mempromosi dan menggalakkan kepentingan institusi kekeluargaan di kalangan anggota-anggota
     Faedah dalam bentuk wang tunai akan diberikan
     Anggota lelaki atau perempuan layak untuk mendapat faedah ini
     Faedah akan digandakan sekiranya kedua-dua suami dan isteri adalah anggota koperasi
     Pembayaran faedah adalah maksima untuk lima orang anak yang pertama sahaja
     Bagi umat Islam, faedah ini hanya untuk anak-anak kepada isteri yang pertama sahaja
     Bertujuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan tambahan ketika menyambut ketibaan bayi yang baru lahir
     Kad pengenalan anggota, salinan sijil akuan kelahiran daripada hospital dan salinan sijil kelahiran bayi (salinan-
      salinan yang disahkan) diperlukan untuk pemprosesan
     Dokumen tambahan untuk pengesahan dan pemprosesan mungkin dikehendaki oleh Koperasi NUCW Berhad
     Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran bayi seseorang anggota tersebut
     Mestilah telah menjadi anggota untuk enam bulan dan ke atas sebelum layak untuk faedah ini

* Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan.

Top