Header Image

Insentif Kecemerlangan Pendidikan

Faedah keanggotaan yang unik, yang mengiktiraf dan menganugerahi pencapaian cemerlang dalam pendidikan untuk anak-anak anggota. Insentif akan diberikan mengikut peringkat pencapaian anak-anak anggota dan bertujuan untuk menggalakkan mereka untuk terus mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam pendidikan di masa hadapan.

     Mengiktiraf dan memberi ganjaran dalam bentuk wang tunai untuk pencapaian cemerlang dalam pendidikan
     Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan anak-anak anggota untuk mengekalkan pencapaian cemerlang
       sepanjang karier pendidikan mereka
     Pengiktirafan diberikan untuk pencapaian cemerlang dalam peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan juga
       kemasukan ke universiti-universiti awam (UA)
     Insentif berupa wang tunai bertujuan untuk menggalakkan anak-anak anggota agar membelanjakan wang tunai
       tersebut untuk tujuan pendidikan semula
     Kad pengenalan anggota, salinan sijil kelahiran anak anggota dan salinan slip keputusan peperiksaan (salinan-
       salinan yang disahkan) diperlukan untuk pemprosesan
     Dokumen tambahan untuk pengesahan dan pemprosesan mungkin dikehendaki oleh Koperasi NUCW Berhad
     Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan oleh
       kementerian pendidikan
     Mestilah telah menjadi anggota untuk enam bulan dan ke atas sebelum layak untuk faedah ini

* Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan.

Top