Header Image

Faedah Kemasukan ke Hospital

Salah satu daripada faedah-faedah keanggotaan yang menawarkan bayaran saguhati sekali beri untuk kemasukan ke hospital.

     Bayaran saguhati berupa sekali beri untuk kemasukan ke hospital
     Bayaran saguhati layak dituntut untuk kemasukan ke hospital kerajaan atau swasta
     Perlulah dirawat sebagai pesakit untuk sekurang-kurangnya selama 24 jam di dalam wad hospital sebelum layak
      menuntut faedah ini
     Layak dituntut untuk kemasukan ke wad hospital akibat penyakit atau kemalangan
     Bayaran saguhati adalah berupa sekali beri dan hanya layak dituntut sekali sahaja sepanjang tempoh keanggotaan
     Bertujuan untuk meringankan beban kewangan anggota semasa waktu-waktu yang amat memerlukan
     Kad pengenalan anggota dan bukti kemasukan (salinan bil perubatan dan akuan keluar hospital yang disahkan) ke       hospital diperlukan untuk pemprosesan
     Dokumen tambahan untuk pengesahan dan pemprosesan mungkin dikehendaki oleh Koperasi NUCW Berhad
     Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kemasukan ke hospital oleh seseorang anggota       tersebut
     Mestilah telah menjadi anggota untuk enam bulan dan ke atas sebelum layak untuk faedah ini

* Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan.

Top