Panduan Membuat Tuntutan Faedah

Contoh
claim time copy
LEGENDA:

TL – TIDAK LAYAK
L – LAYAK

Berdasarkan contoh di atas, seseorang telah menjadi anggota Koperasi NUCW Berhad pada 16/02/2015. Keanggotaannya adalah genap enam (6) bulan dengan Koperasi NUCW Berhad pada 15/08/2015. Jika anggota itu bersalin atau mendapat cahaya mata yang baru pada 23/04/2015, iaitu kurang daripada enam (6) bulan daripada tarikh keanggotaannya dengan Koperasi NUCW Berhad, maka anggota tersebut tidak layak untuk menuntut faedah bersalin atau mendapat cahaya mata yang baru. Sebaliknya, jika anggota tersebut bersalin atau mendapat cahaya mata yang baru pada 20/08/2015 [berdasarkan contoh di atas] iaitu lebih daripada enam (6) bulan daripada tarikh keanggotaannya dengan Koperasi NUCW Berhad, maka anggota tersebut layak untuk menuntut faedah bersalin atau mendapat cahaya mata yang baru.

Berdasarkan contoh di atas semula, tarikh akhir untuk mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk tuntutan faedah adalah 19/02/2016, iaitu dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh kelahiran bayi anggota tersebut. Sebarang penyerahan dokumen untuk tuntutan faedah selepas 19/02/2016 tidak akan diterima. Anggota perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang lengkap dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh berlakunya sesuatu peristiwa yang melayakkannya untuk sebarang faedah-faedah keanggotaan dengan syarat keanggotaannya juga telah genap atau lebih enam (6) bulan dengan Koperasi NUCW Berhad.

Garis panduan di atas boleh digunakan untuk semua faedah keanggotaan yang ditawarkan oleh Koperasi NUCW Berhad, iaitu:

     Perlindungan Takaful
     Faedah Kemasukan Hospital
     Faedah Bersalin atau Mendapat Cahaya Mata
     Insentif Keputusan Cemerlang Pendidikan
     Khairat Kematian atau Pengkebumian

Koperasi NUCW Berhad berhak untuk meminda terma-terma dan syarat-syarat yang dianggap sesuai dan untuk kepentingan anggota-anggota.

Top